0

Mendaki Gunung Fuji

Posted by Saufi on 20:27 in , , , , , ,
Sebelum tu untuk pengetahuan umum. Bila boleh hiking gunung Fuji ni? Jawapan dia, Gunung Fuji boleh didaki pada musim panas iaitu antara bulan July sehingga awal September. Kenapa? Sebabnya masa musim panas cuaca tidak merbahaya. Salji pun takde. Boleh ke nak hiking Gunung Fuji selain musim panas (off season)? Boleh jugak. Tapi ada procedure nya. Kena download borang perlepasan mendaki. Bila dah siap isi, borang tu kena hantar dekat balai polis. Tapi ini semua tidak menjamin anda akan dapat mendaki. Kerana mereka akan menentukan samaada boleh hiking atau tidak. Bergantung pada keadaan cuaca. Mendaki semasa off season adalah tidak digalakan kerana merbahaya. Ada batu-batu runtuh. Salji runtuh. Cuasa terlebih sejuk. Facilty semua tutup. Takde orang nak tolong. Saya tidak pernah cuba. Just baca info dari internet. 

Ok jom baca pengalaman saya mendaki Gunung Fuji semasa musim panas.

28 Ogos 2016

Setelah semalaman bermalam dekat Airport Haneda, pagi tu kami pergi ke Station Bas Express Shinjuku naik train. Senang je nak naik train dekat Jepun ni. Just search dalam google map, lepas tuu keluar lah semua detail route dengan harga tiket. Sebelum flight pergi Jepun, kami dah pun sewa pocket wifi dari Malaysia. Murah je, sebab ada promosi masa tu. Harga RM12/day, unlimited data dan speed pun laju. Boleh layan Youtube haha. Ada banyak pilihan servis dari Malaysia, sila lah google. (sebab dah lupa pakai wifi brand apa)

Lebih kurang pukul 7.30 am, kami pun tiba di Station Keretapi Shinjuku. Lepas tu jalan kaki pergi kat Station Bas Express. Kami memang plan nak sampai awal sebab nak beli makanan dengan air untuk hiking. Dekat sekitar station bas tu ada kedai convenience store ala-ala seven eleven. Harga tiket bas ni 2700 yen, lebih kurang RM100. Tiket ni kami dah booking sebulan awal sebelum tarikh kami bertolak. Ni website nya (http://highway-buses.jp/fuji/) tak payah bayar pun masa booking. Masa dekat station bas, kami pergi jumpa information kaunter dulu. Nak tanya macam mana nak uruskan tiket online kami. Dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Mula-mula tunjukkan resit online dari tablet. Lepastu dia pun bagi tau, kitorang kena beratur dekat kaunter 5 untuk buat pembayaran. Pergi beratur, tunjuk resit, then settle. Tepat pukul 9.00 am kami pun bertolak ke 5th Station Gunung Fuji.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam. Lebih kurang pukul 11 am kami sudah tiba di 5th Station Gunung Fuji. Hari tuu hari Ahad. So ramai gila orang baru turun dari gunung. Weekend kan. Ramai yang naik hari Sabtu lepas tu turun hari Ahad. Kami pulak naik hari Ahad, turun hari Isnin. Tak ramai yang nak naik hari Ahad, sebab Isnin kerja. Kami yang tengah melancong takpe haha.

Sebelum hiking kitorang solat jamak dulu. Ada satu bangunan tu ada ruang orang rehat dengan tandas awam. Dekat belakang bangunan tu tak ramai orang lalu-lalang. So kitorang pun bentang tikar and solat kat situ. Then, kami simpan dulu barang-barang yang tak perlu dalam coin locker. Harga 500 Yen, lebih kurang RM20. Kongsi empat orang. So jimat lah. Ada lebih kurang 10 locker besar 12 locker kecik. Then kami pun terus menuju ke pintu gerbang. Dekat situ kena bayar 1000 yen lebih kurang RM40 setiap sorang sebagai duit derma untuk maintenance Gunung Fuji. Siap dapat cenderahati lagi.

Dekat pintu gerbang tu ada peta laluan-laluan ke puncak. Actually saya dah pun study laluan-laluan ni. Tapi masa tu nak explain dekat rakan-rakan supaya diorang tahu detail and tak salah jalan. Nanti kalau dah seperate pun takpe. Sebab masing-masing dah tau laluan. Kitorang pilih Yoshida Trail. Laluan warna kuning dekat dalam peta and signboard-signboard pun warna kuning. Ikot je la signboard-signboard ni. Tak susah. Detail boleh check kat website ni (http://www.japan-guide.com/e/e6901.html)

Ok jom start hiking. Tepat 1.00 pm bermulalah expedisi kami mendaki Gunung Fuji. Yeahh! Dari starting point ni, ada lagi lima check point iaitu 6th, 7th, 8th, 9th dan 10th station (puncak). Target kitorang sampai ke 8th station secepat mungkin. Sebabnya dekat situ lah terletaknya kitorang punye hut (bajet hotel). Permulaan pendakian bermula dengan persekitaran yang suram. Kabus tebal, hujan rintik, orang yang nak naik tak ramai. Kami berselisih dengan orang-orang kebanyakannya yang baru turun. Tapi suasana suram tu tak menjejaskan semangat kami. Sebab tengah excited, tenaga banyak lagi, muka semua happy go lucky. Nanti dah sampai kat atas baru tau.

Setelah tiba di 6th station, cuaca pun berubah. Kabus tebal dah hilang. Langit kelihatan kebiru-biruan. Matahari terik. Tapi tak panas. Suhu suam-suam sejuk. Angin kuat. Dari situ boleh nampak puncak fuji kena tutup dengan awan hitam. Dekat sini baru lah jumpa ramai pendaki. Ada orang putih, orang Jepun, orang Indonesia, orang Malaysia pun ramai jugak. Kalau nak tau, mostly setiap station ni ada tandas awam. Ada tabung kecik dekat tepi tandas. Boleh masukkan 100 yen dalam tabung tu. Tapi tengok kebanyakkan orang tak masukkan duit pun.
Kami pun meneruskan lagi perjalanan ke 7th station. Setelah tiba.. Haa masing-masing dah mula penat. Cuasa pun dah start sejuk. Terik matahari dah hilang. Masa ni mulalah cari sarung tangan dengan windbreaker. Kitorang rehat kejap dekat depan kedai runcit. Ada banyak kerusi-kerusi kat situ. Laluan dari starting point hingga lah ke 7th station kebanyakannya berpasir dan berbatu kecik warna coklat kemerahan. Batu-batu gunung berapi.

Hari semakin gelap. Cuaca semakin teruk. Hujan lebat, angin kuat, pastu sejuk. Kami di landa typhoon! Habis semua basah. Seluar, kasut, stokin, sarung tangan. Baju je tak basah, sebab windbreaker kalis air. Huhu memang semua mental masa ni. Badan dah penat. Semua dah tak sabar nak sampai kat hut. Bila dah sampai 8th station, punya lah gembira. Tapi gembira tuu sementara je. Sebab tak sampai hut lagi. Rupanya dekat 8th station tu sendiri, ada empat atau lima check point. Kitorang punye hut dekat hujung-hujung, dekat dengan 9th station. Aku laa booking hut jauh-jauh. Sebab kononnya, lagi jauh, lagi dekat dengan puncak. Nanti keesokannya masa nak kejar sunrise takde lah jauh sangat. Ambik kau! haha

Dengan penuh kesabaran, kami teruskan berjalan walaupun slow-slow je. Asalkan sampai ke destinasi. Dan akhirnya tiba di hut kami lebih kurang pukul 6 petang. Tapi masa tu dah gelap gelita. Nama hut ni "Ganso-Muro" yang berada pada ketinggian 3250 m. Masa dapat masuk je hut tuu, phew lega. Suhu suam-suam, orang ramai gak, tapi still ada ruang. Then bagi tau kat orang yang jaga pintu yang kami dah reserve online. Dia pun check senarai nama kat kertas, nama aku kat atas sekali. Then dia pun respon "ohh Mr Ahmad-to" haha. Tersengih dengar depa panggil nama aku dengan loghat jepun. Kitorang terus bayar cash. Harga dia 5600 yen / person. Lebih kurang RM222 tanpa makanan. Nak tau detail boleh check kat sini (http://www.mfi.or.jp/w3/home0/fujisan/english/index.html)

Dalam hut ni ada ruang makan kat dekat tingkat bawah. Pasti diorang ada la jual makanan dengan air panas. Harga memang mahal la. Harga atas gunung, memang tak boleh nak expect murah. Dekat tingkat atas pulak ada dorm. Haa kat situ la tempat tido kitorang. Ada katil dua tingkat. Actually bukan katil la. Tapi ruang luas, lepas tu diorang bentang sleeping bag. Mostly semua orang yang datang just nak rehat, makan, tido. Tak mandi! Sapa nak sejuk-sejuk gila macam tu. Tapi tak nampak pun shower room. Tak sure ada ke tak. Yang confirm sumber air memang sesuatu benda yang mahal kat Gunung Fuji ni. Gunung berapi kan. Jangan la nak expect ada air terjun haha.

Cuaca sememangnya teruk malam tu. Serangan thypoon menjadi-jadi. Hujan lebat, angin kuat, sejuk nak mampos. Nasib baik la kitorang reserve dorm. Malam tu tuan dorm buat announcement. Berita buruk. Disebabkan ada thypoon, esok pagi takde sunrise. Awan tebal akan tutup view, hujan maybe tak berhenti. Huhu sedih. Kalau ikotkan plan. Tidur sampai pukul 2am. Then sambung hiking sampai puncak. Expected sampai pukul 4am. Sebab sunrise dalam pukul 4.30am. Huhuhu. Semua tak menjadi. Kami pun tidoq je lah. Dah pasrah. Tak dapat tengok sunrise pun takpe. Asalkan sampai ke puncak.

Esok paginya dalam pukul 4am, kawan aku kejut bangun. Dia cakap hujan dah berhenti. Kabus dah hilang. Matahari dah nak terbit, dah boleh nampak kuning-kuning sikit. Aku pun bangun terus tengok kat luar. Ha'ah matahari nak terbit. Kitorang ramai-ramai termasuk orang dalam dorm, semua siap-siap pack barang. Nak tengok sunrise dari hut, lepas tu sambung hiking. Allhamdulillah, cuaca ok waktu sunrise. Dapat jugak snap gambar-gambar cantik. Memang cantik, sebab kiorang berada kat atas awan. Tak boleh lupe moment ni sampai ke tua. Ni lah boleh jadi modal yang membanggakan untuk bercerita dekat cucu-cucu bila dah jadi datuk suatu hari nanti. Kalau umur panjang and ada rezeki la

Sebelum sambung hiking ke puncak, saya beli sarung tangan baru dekat hut. Harga 400 yen. Lebih RM16. Sarung tangan orang berkebun je. Kalau beli kat Malaysia tak sampai RM5 pun. Apa boleh buat. Sarung tangan asal dah basah lencun. Kasut dengan seluar pun tak kering lagi. Menyesal tak beli kasut yang kalis air dengan bawak seluar spare. Tak expect boleh hujan kat atas ni. Lain kali sape nak nak panjat Gunung Fuji, make sure pakai semua peralatan yang kalis air.

Jalan-jalan punya lah jalan, tak sampai-sampai jugak puncak. Jauh jugak rupanya. Tengok peta macam dekat. Cuaca yang elok waktu pagi bertahan kejap je. Lepas tu kitorang di serang typhoon balik. Warghh angin kuat gila, hujan renyai-renyai pastu sejuk nak mampos. Aku memang jenis tak tahan sejuk. Walaupun jalan slow, dengan semangat dan kecekalan, kami sampai jugak ke puncak (10th station). Ada kedai-kedai kat situ. Semua pakat lari lepak dalam kedai layan hot coklat. Harga 500 yen (RM20 satu cawan). Mahal pun mahal la. Masa tu dah kisah dah. Mulut dah berasap-asap masa bercakap. Suhu cecah 4 darjah celcius. Ada wifi kat situ. Actually poket wifi yang bawak dari Malaysia pun ade line. So sepanjang mendaki Gunung Fuji ni, kitorang tak putus dengan internet.

Setelah lebih kurang setengah jam berehat dalam kedai tu, terjumpa dengan pendaki-pendaki dari Malaysia. Diorang pun mental jugak haha. Gunung Fuji cabaran dia bukan lah dari segi jarak, trek ataupun ketinggian. Tapi cabaran sebenarnya ialah cuaca. Cuaca menjadi faktor utama. Kalau dapat cuaca baik, kira untung lah. Kitorang sembang-sembang jap dengan pendaki Malaysia, lepastu terus shoot ke penanda puncak. Dekat sini lah kebanyakkan orang akan bergambar sebagai tanda telah berjaya menawan Gunung Fuji. Dari sini boleh nampak kawah gunung berapi. Tapi nasib tak menyebelahi kitorang. Kabus tebal. Tak nampak apa pun. Nampak kelabu je. Kawah pun tak nampak. 

Kitorang pun bergambar dekat penanda puncak. Atau penanda 10th station. Kebanyakkan orang bila dah sampai kat sini, diorang terus turun balik. Actually ada satu lagi puncak kecik. Kene jalan lebih kurang 20 minit baru sampai. Nama puncak tu "Kengamine Peak". Ini lah betul-betul puncak Gunung Fuji. Dua daripada rakan kitorang tak nak naik puncak kecik tu. Sebab sorang dah tak larat, sorang lagi tak berapa sihat. So aku dengan junior aku shoot pegi situ. Masa tu tak ramai yang pergi situ. Nampak kebanyakkan hiker semua terus turun bawah. Kitorang je yang pergi. Rasa takut tu ada jugak. Sebab kabus tebal gila. Lepastu trek dia lalu tepi curam-curam. Kalau apa-apa jadi, takde orang nak tolong.

Kitorang pun slow-slow jalan cari "Kengamine Peak" tuh. Masa dalam perjalanan, terjumpa dua batu penanda dekat atas bukit sikit. Jadi kitorang pun pegi kat kat situ, ber-selfie bagai. Umpama dah sampai puncak. Dekat batu ada tulisan Jepun. Tak faham ape. Lepas tu tengok trek depan kami, macam dah turun bukit. So kitorang assume ni lah puncak. Tengah gigih bergambar, tiba-tiba datang sorang pendaki Jepun tengok kitorang. Dia sorang-sorang je. Kitorang pun pergi jumpa dia, sebab nak make sure betul ke tak kitorang dah sampai peak ni. Rupanya tak sampai lagi. Hahaha. Punya la ber-selfie dalam typhoon, rupa salah tempat.

Dia pun bawak kitorang teruskan perjalanan ke "Kengamine Peak". Pendaki Jepun ni boleh bertutur dalam bahasa Inggeris sikit-sikit. So takde masalah untuk kitorang berkomunikasi. Dia teruja jumpa kitorang. Hahaha tak tau la kenapa. Tapi kelebihan hiking ni, majoriti hiker ni mesra. Nama dia Mr Wataru. Memang trek kat depan tu menurun. Lepas ada pondok-pondok yang tengah renovate kat bawah tu. Kitorang pun lalu celah pondok-pondok tu, then jumpa kawasan lapang. Keliling kitorang kabus, pemandangan tak jelas. Lepas tu nampak samar-samar ada bagunan kecik dekat atas bukit. Mr Wataru cakap dekat situlah puncaknya. Kitorang sambung jalan balik. 

Pehh naik mencanak! Tengah bad weather, pastu hiking mencanak pulak. Mental kepala haha. Dengan gigihnya kami berusaha jugak jalan slow-slow. Akhirnya sampai jugak! Waarhhh akhirnya kami berjaya tawan puncak Gunung Fuji dengan ketinggian 3776m dari aras laut, iaitu tanah tertinggi di negara Jepun. Huhu bangga kejap. Dekat puncak tu ada penanda puncak yang tertulis ketinggian Gunung Fuji. Dekat situ jugak ada bangunan kecik weather station, tapi takde orang kat situ. Kitorang bertiga puas bergambar kat situ buat kenangan. Mr. Wataru ni bercerita la. Dia ni seorang musician. Dia kata nak cari inspirasi naik gunung ni. Lepas tu dia kata 'glad' sebab jumpa kitorang. Last skali sebelum dia turun, dia hadiahkan pack segera kopi Jepun. Hadiah mahal ni, sebab dapat dekat puncak Fuji haha. Tq Mr. Wataru. Lepas tu dia turun dulu, kitorang still sambung bergambar dalam 15 minit, lepas tu baru turun.

Dalam perjalanan turun, tiba-tiba kabus tebal hilang. Kitorang boleh nampak permandangan dekat bawah. Fuhh cantiknya, nampak bandar-bandar dengan laut. Tapi bila nak amik gambar, kabus datang balik. Cett. Kitorang pun teruskan perjalan ke 10th station balik nak cari dua orang kawan kitorang yang tunggu kat situ. Bila dah sampai kat 10th station, diorang dah takde. Kebetulan ada pendaki dari Malaysia kat situ. Dia cakap kawan kitorang dah turun dulu. So tanpa membazir masa, kitorang cepat-cepat turun. Jalan nak turun tak sama dengan jalan naik. Dari 10th station tu ada signboard untuk jalan turun. 

Berpandukan signboard warna kuning Yoshida trail, ada tulisan 5th station iaitu starting point kami, kitorang berjalan dengan tanpa ragu-ragu. Trek menurun ni simple je. Takde batu-batu. Just trek zig-zag berpasir yang berulang-ulang kali sampai tak terkira berapa banyak zig-zig tuh haha. Senang je. Layan je zig-zag tu, ikot signboard, lepastu kitorang tembus balik dekat 6th station. Dari situ pun sama, ikot je sign board kitorang terus berjalan sampai ke starting point nak cari kawan kitorang. Dekat stating point atau pun 5th station, ada cafe-cafe kat situ. So kitorang syak kawan kitorang mesti lepak dekat situ. Ye memang betul diorang ada dekat situ. Phew lega. Takut diorang sesat je. Jam pun menunjukkan lebih kurang pukul 11am dan secara rasminya tamat lah expedisi kami mendaki Gunung Fuji. Alhamdulillah selesai.

(Kalau nak tengok view ekpedisi kitorang boleh check kat sini https://www.youtube.com/watch?v=IYIQZLAAwo0)

Kitorang rehat jap, cuci kasut, solat, makan pastu bersiap-siap nak kejar bus untuk teruskan expidisi explore Izukyu-Shimoda. Kawasan laut yang ada ombak besar, target nak pergi surfing pulak. Ok tuu dah masuk cerita lain. Bye ~  

Summary
Tempoh Hiking Naik: 6 jam
Turun: 4 jam
Tips - pakai t-shirt sukan biasa pada permulaan hiking
- pakai pakaian tebal bila dah sampai tempat tinggi
- bawa inner heat-tech
- bawa windbreaker, seluar, kasut, sarung tangan tebal kalis air
- bawa duit ketika hiking, sebab boleh beli barang atas gunung incase emergency
- bawa headlamp
Kos Perbelanjaan Tiket bus Shinjuku-5th Station(one way): 2700 yen (RM107)
Coin locker: 500 yen (RM20)
Tiket hiking: 1000 yen (RM40)
Hostel/Hut(optional): 5600 yen (RM222)
______________________________________
Jumlah = 9800 yen (RM388)

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Journey of Life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.