0
Mendaki Gunung Fuji
Sebelum tu untuk pengetahuan
umum. Bila boleh hiking gunung Fuji ni? Jawapan dia, Gunung Fuji boleh didaki
pada musim panas iaitu antara bulan July sehingga awal September. Kenapa?
Sebabnya masa musim panas cuaca tidak merbahaya. Salji pun takde. Boleh ke nak
hiking Gunung Fuji selain musim panas (off season)? Boleh jugak. Tapi ada
procedure nya. Kena download borang perlepasan mendaki. Bila dah siap isi,
borang tu kena hantar dekat balai polis. Tapi ini semua tidak menjamin anda
akan dapat mendaki. Kerana mereka akan menentukan samaada boleh hiking atau
tidak. Bergantung pada keadaan cuaca. Mendaki semasa off season adalah tidak
digalakan kerana merbahaya. Ada batu-batu runtuh. Salji runtuh. Cuasa terlebih
sejuk. Facilty semua tutup. Takde orang nak tolong. Saya tidak pernah cuba.
Just baca info dari internet.
(Kalau nak tengok view ekpedisi kitorang boleh check kat sini https://www.youtube.com/watch?v=IYIQZLAAwo0)
Ok jom baca pengalaman saya
mendaki Gunung Fuji semasa musim panas.
28 Ogos 2016
Setelah semalaman bermalam dekat
Airport Haneda, pagi tu kami pergi ke Station Bas Express Shinjuku naik train.
Senang je nak naik train dekat Jepun ni. Just search dalam google map, lepas
tuu keluar lah semua detail route dengan harga tiket. Sebelum flight pergi
Jepun, kami dah pun sewa pocket wifi dari Malaysia. Murah je, sebab ada promosi
masa tu. Harga RM12/day, unlimited data dan speed pun laju. Boleh layan Youtube
haha. Ada banyak pilihan servis dari Malaysia, sila lah google. (sebab dah lupa
pakai wifi brand apa)
Lebih kurang pukul 7.30 am, kami
pun tiba di Station Keretapi Shinjuku. Lepas tu jalan kaki pergi kat Station
Bas Express. Kami memang plan nak sampai awal sebab nak beli makanan dengan air
untuk hiking. Dekat sekitar station bas tu ada kedai convenience store ala-ala
seven eleven. Harga tiket bas ni 2700 yen, lebih kurang RM100. Tiket ni kami
dah booking sebulan awal sebelum tarikh kami bertolak. Ni website nya
(http://highway-buses.jp/fuji/) tak payah bayar pun masa booking. Masa dekat
station bas, kami pergi jumpa information kaunter dulu. Nak tanya macam mana
nak uruskan tiket online kami. Dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.
Mula-mula tunjukkan resit online dari tablet. Lepastu dia pun bagi tau,
kitorang kena beratur dekat kaunter 5 untuk buat pembayaran. Pergi beratur,
tunjuk resit, then settle. Tepat pukul 9.00 am kami pun bertolak ke 5th Station
Gunung Fuji.
Perjalanan memakan masa lebih
kurang 2 jam. Lebih kurang pukul 11 am kami sudah tiba di 5th Station Gunung
Fuji. Hari tuu hari Ahad. So ramai gila orang baru turun dari gunung. Weekend
kan. Ramai yang naik hari Sabtu lepas tu turun hari Ahad. Kami pulak naik hari
Ahad, turun hari Isnin. Tak ramai yang nak naik hari Ahad, sebab Isnin kerja.
Kami yang tengah melancong takpe haha.
Sebelum hiking kitorang solat
jamak dulu. Ada satu bangunan tu ada ruang orang rehat dengan tandas awam.
Dekat belakang bangunan tu tak ramai orang lalu-lalang. So kitorang pun bentang
tikar and solat kat situ. Then, kami simpan dulu barang-barang yang tak perlu
dalam coin locker. Harga 500 Yen, lebih kurang RM20. Kongsi empat orang. So
jimat lah. Ada lebih kurang 10 locker besar 12 locker kecik. Then kami pun
terus menuju ke pintu gerbang. Dekat situ kena bayar 1000 yen lebih kurang RM40
setiap sorang sebagai duit derma untuk maintenance Gunung Fuji. Siap dapat
cenderahati lagi.
Dekat pintu gerbang tu ada peta
laluan-laluan ke puncak. Actually saya dah pun study laluan-laluan ni. Tapi
masa tu nak explain dekat rakan-rakan supaya diorang tahu detail and tak salah
jalan. Nanti kalau dah seperate pun takpe. Sebab masing-masing dah tau laluan.
Kitorang pilih Yoshida Trail. Laluan warna kuning dekat dalam peta and
signboard-signboard pun warna kuning. Ikot je la signboard-signboard ni. Tak
susah. Detail boleh check kat website ni
(http://www.japan-guide.com/e/e6901.html)
Ok jom start hiking. Tepat 1.00
pm bermulalah expedisi kami mendaki Gunung Fuji. Yeahh! Dari starting point ni,
ada lagi lima check point iaitu 6th, 7th, 8th, 9th dan 10th station (puncak).
Target kitorang sampai ke 8th station secepat mungkin. Sebabnya dekat situ lah
terletaknya kitorang punye hut (bajet hotel). Permulaan pendakian bermula
dengan persekitaran yang suram. Kabus tebal, hujan rintik, orang yang nak naik
tak ramai. Kami berselisih dengan orang-orang kebanyakannya yang baru turun.
Tapi suasana suram tu tak menjejaskan semangat kami. Sebab tengah excited,
tenaga banyak lagi, muka semua happy go lucky. Nanti dah sampai kat atas baru
tau.
Setelah tiba di 6th station,
cuaca pun berubah. Kabus tebal dah hilang. Langit kelihatan kebiru-biruan.
Matahari terik. Tapi tak panas. Suhu suam-suam sejuk. Angin kuat. Dari situ
boleh nampak puncak fuji kena tutup dengan awan hitam. Dekat sini baru lah
jumpa ramai pendaki. Ada orang putih, orang Jepun, orang Indonesia, orang
Malaysia pun ramai jugak. Kalau nak tau, mostly setiap station ni ada tandas
awam. Ada tabung kecik dekat tepi tandas. Boleh masukkan 100 yen dalam tabung
tu. Tapi tengok kebanyakkan orang tak masukkan duit pun.
Kami pun meneruskan lagi
perjalanan ke 7th station. Setelah tiba.. Haa masing-masing dah mula penat.
Cuasa pun dah start sejuk. Terik matahari dah hilang. Masa ni mulalah cari
sarung tangan dengan windbreaker. Kitorang rehat kejap dekat depan kedai
runcit. Ada banyak kerusi-kerusi kat situ. Laluan dari starting point hingga
lah ke 7th station kebanyakannya berpasir dan berbatu kecik warna coklat
kemerahan. Batu-batu gunung berapi.
Hari semakin gelap. Cuaca semakin
teruk. Hujan lebat, angin kuat, pastu sejuk. Kami di landa typhoon! Habis semua
basah. Seluar, kasut, stokin, sarung tangan. Baju je tak basah, sebab
windbreaker kalis air. Huhu memang semua mental masa ni. Badan dah penat. Semua
dah tak sabar nak sampai kat hut. Bila dah sampai 8th station, punya lah
gembira. Tapi gembira tuu sementara je. Sebab tak sampai hut lagi. Rupanya
dekat 8th station tu sendiri, ada empat atau lima check point. Kitorang punye
hut dekat hujung-hujung, dekat dengan 9th station. Aku laa booking hut
jauh-jauh. Sebab kononnya, lagi jauh, lagi dekat dengan puncak. Nanti
keesokannya masa nak kejar sunrise takde lah jauh sangat. Ambik kau! haha
Dengan penuh kesabaran, kami
teruskan berjalan walaupun slow-slow je. Asalkan sampai ke destinasi. Dan
akhirnya tiba di hut kami lebih kurang pukul 6 petang. Tapi masa tu dah gelap
gelita. Nama hut ni "Ganso-Muro" yang berada pada ketinggian 3250 m.
Masa dapat masuk je hut tuu, phew lega. Suhu suam-suam, orang ramai gak, tapi
still ada ruang. Then bagi tau kat orang yang jaga pintu yang kami dah reserve
online. Dia pun check senarai nama kat kertas, nama aku kat atas sekali. Then
dia pun respon "ohh Mr Ahmad-to" haha. Tersengih dengar depa panggil
nama aku dengan loghat jepun. Kitorang terus bayar cash. Harga dia 5600 yen /
person. Lebih kurang RM222 tanpa makanan. Nak tau detail boleh check kat sini
(http://www.mfi.or.jp/w3/home0/fujisan/english/index.html)
Dalam hut ni ada ruang makan kat
dekat tingkat bawah. Pasti diorang ada la jual makanan dengan air panas. Harga
memang mahal la. Harga atas gunung, memang tak boleh nak expect murah. Dekat
tingkat atas pulak ada dorm. Haa kat situ la tempat tido kitorang. Ada katil
dua tingkat. Actually bukan katil la. Tapi ruang luas, lepas tu diorang bentang
sleeping bag. Mostly semua orang yang datang just nak rehat, makan, tido. Tak
mandi! Sapa nak sejuk-sejuk gila macam tu. Tapi tak nampak pun shower room. Tak
sure ada ke tak. Yang confirm sumber air memang sesuatu benda yang mahal kat
Gunung Fuji ni. Gunung berapi kan. Jangan la nak expect ada air terjun haha.
Cuaca sememangnya teruk malam tu.
Serangan thypoon menjadi-jadi. Hujan lebat, angin kuat, sejuk nak mampos. Nasib
baik la kitorang reserve dorm. Malam tu tuan dorm buat announcement. Berita
buruk. Disebabkan ada thypoon, esok pagi takde sunrise. Awan tebal akan tutup
view, hujan maybe tak berhenti. Huhu sedih. Kalau ikotkan plan. Tidur sampai
pukul 2am. Then sambung hiking sampai puncak. Expected sampai pukul 4am. Sebab
sunrise dalam pukul 4.30am. Huhuhu. Semua tak menjadi. Kami pun tidoq je lah.
Dah pasrah. Tak dapat tengok sunrise pun takpe. Asalkan sampai ke puncak.
Esok paginya dalam pukul 4am,
kawan aku kejut bangun. Dia cakap hujan dah berhenti. Kabus dah hilang.
Matahari dah nak terbit, dah boleh nampak kuning-kuning sikit. Aku pun bangun
terus tengok kat luar. Ha'ah matahari nak terbit. Kitorang ramai-ramai termasuk
orang dalam dorm, semua siap-siap pack barang. Nak tengok sunrise dari hut,
lepas tu sambung hiking. Allhamdulillah, cuaca ok waktu sunrise. Dapat jugak
snap gambar-gambar cantik. Memang cantik, sebab kiorang berada kat atas awan.
Tak boleh lupe moment ni sampai ke tua. Ni lah boleh jadi modal yang
membanggakan untuk bercerita dekat cucu-cucu bila dah jadi datuk suatu hari
nanti. Kalau umur panjang and ada rezeki la
Sebelum sambung hiking ke puncak,
saya beli sarung tangan baru dekat hut. Harga 400 yen. Lebih RM16. Sarung
tangan orang berkebun je. Kalau beli kat Malaysia tak sampai RM5 pun. Apa boleh
buat. Sarung tangan asal dah basah lencun. Kasut dengan seluar pun tak kering
lagi. Menyesal tak beli kasut yang kalis air dengan bawak seluar spare. Tak
expect boleh hujan kat atas ni. Lain kali sape nak nak panjat Gunung Fuji, make
sure pakai semua peralatan yang kalis air.
Jalan-jalan punya lah jalan, tak
sampai-sampai jugak puncak. Jauh jugak rupanya. Tengok peta macam dekat. Cuaca
yang elok waktu pagi bertahan kejap je. Lepas tu kitorang di serang typhoon
balik. Warghh angin kuat gila, hujan renyai-renyai pastu sejuk nak mampos. Aku
memang jenis tak tahan sejuk. Walaupun jalan slow, dengan semangat dan
kecekalan, kami sampai jugak ke puncak (10th station). Ada kedai-kedai kat
situ. Semua pakat lari lepak dalam kedai layan hot coklat. Harga 500 yen (RM20
satu cawan). Mahal pun mahal la. Masa tu dah kisah dah. Mulut dah berasap-asap
masa bercakap. Suhu cecah 4 darjah celcius. Ada wifi kat situ. Actually poket
wifi yang bawak dari Malaysia pun ade line. So sepanjang mendaki Gunung Fuji
ni, kitorang tak putus dengan internet.
Setelah lebih kurang setengah jam
berehat dalam kedai tu, terjumpa dengan pendaki-pendaki dari Malaysia. Diorang
pun mental jugak haha. Gunung Fuji cabaran dia bukan lah dari segi jarak, trek
ataupun ketinggian. Tapi cabaran sebenarnya ialah cuaca. Cuaca menjadi faktor
utama. Kalau dapat cuaca baik, kira untung lah. Kitorang sembang-sembang jap
dengan pendaki Malaysia, lepastu terus shoot ke penanda puncak. Dekat sini lah
kebanyakkan orang akan bergambar sebagai tanda telah berjaya menawan Gunung
Fuji. Dari sini boleh nampak kawah gunung berapi. Tapi nasib tak menyebelahi
kitorang. Kabus tebal. Tak nampak apa pun. Nampak kelabu je. Kawah pun tak
nampak.
Kitorang pun bergambar dekat
penanda puncak. Atau penanda 10th station. Kebanyakkan orang bila dah sampai
kat sini, diorang terus turun balik. Actually ada satu lagi puncak kecik. Kene
jalan lebih kurang 20 minit baru sampai. Nama puncak tu "Kengamine
Peak". Ini lah betul-betul puncak Gunung Fuji. Dua daripada rakan kitorang
tak nak naik puncak kecik tu. Sebab sorang dah tak larat, sorang lagi tak
berapa sihat. So aku dengan junior aku shoot pegi situ. Masa tu tak ramai yang
pergi situ. Nampak kebanyakkan hiker semua terus turun bawah. Kitorang je yang
pergi. Rasa takut tu ada jugak. Sebab kabus tebal gila. Lepastu trek dia lalu tepi
curam-curam. Kalau apa-apa jadi, takde orang nak tolong.
Kitorang pun slow-slow jalan cari
"Kengamine Peak" tuh. Masa dalam perjalanan, terjumpa dua batu
penanda dekat atas bukit sikit. Jadi kitorang pun pegi kat kat situ, ber-selfie
bagai. Umpama dah sampai puncak. Dekat batu ada tulisan Jepun. Tak faham ape.
Lepas tu tengok trek depan kami, macam dah turun bukit. So kitorang assume ni
lah puncak. Tengah gigih bergambar, tiba-tiba datang sorang pendaki Jepun
tengok kitorang. Dia sorang-sorang je. Kitorang pun pergi jumpa dia, sebab nak
make sure betul ke tak kitorang dah sampai peak ni. Rupanya tak sampai lagi.
Hahaha. Punya la ber-selfie dalam typhoon, rupa salah tempat.
Dia pun bawak kitorang teruskan
perjalanan ke "Kengamine Peak". Pendaki Jepun ni boleh bertutur dalam
bahasa Inggeris sikit-sikit. So takde masalah untuk kitorang berkomunikasi. Dia
teruja jumpa kitorang. Hahaha tak tau la kenapa. Tapi kelebihan hiking ni,
majoriti hiker ni mesra. Nama dia Mr Wataru. Memang trek kat depan tu menurun.
Lepas ada pondok-pondok yang tengah renovate kat bawah tu. Kitorang pun lalu
celah pondok-pondok tu, then jumpa kawasan lapang. Keliling kitorang kabus,
pemandangan tak jelas. Lepas tu nampak samar-samar ada bagunan kecik dekat atas
bukit. Mr Wataru cakap dekat situlah puncaknya. Kitorang sambung jalan balik.
Pehh naik mencanak! Tengah bad weather, pastu hiking mencanak pulak. Mental
kepala haha. Dengan gigihnya kami berusaha jugak jalan slow-slow. Akhirnya
sampai jugak! Waarhhh akhirnya kami berjaya tawan puncak Gunung Fuji dengan
ketinggian 3776m dari aras laut, iaitu tanah tertinggi di negara Jepun. Huhu
bangga kejap. Dekat puncak tu ada penanda puncak yang tertulis ketinggian
Gunung Fuji. Dekat situ jugak ada bangunan kecik weather station, tapi takde orang
kat situ. Kitorang bertiga puas bergambar kat situ buat kenangan. Mr. Wataru ni
bercerita la. Dia ni seorang musician. Dia kata nak cari inspirasi naik gunung
ni. Lepas tu dia kata 'glad' sebab jumpa kitorang. Last skali sebelum dia
turun, dia hadiahkan pack segera kopi Jepun. Hadiah mahal ni, sebab dapat dekat
puncak Fuji haha. Tq Mr. Wataru. Lepas tu dia turun dulu, kitorang still
sambung bergambar dalam 15 minit, lepas tu baru turun.
Dalam perjalanan turun, tiba-tiba
kabus tebal hilang. Kitorang boleh nampak permandangan dekat bawah. Fuhh
cantiknya, nampak bandar-bandar dengan laut. Tapi bila nak amik gambar, kabus
datang balik. Cett. Kitorang pun teruskan perjalan ke 10th station balik nak
cari dua orang kawan kitorang yang tunggu kat situ. Bila dah sampai kat 10th
station, diorang dah takde. Kebetulan ada pendaki dari Malaysia kat situ. Dia
cakap kawan kitorang dah turun dulu. So tanpa membazir masa, kitorang
cepat-cepat turun. Jalan nak turun tak sama dengan jalan naik. Dari 10th
station tu ada signboard untuk jalan turun.
Berpandukan signboard warna kuning
Yoshida trail, ada tulisan 5th station iaitu starting point kami, kitorang
berjalan dengan tanpa ragu-ragu. Trek menurun ni simple je. Takde batu-batu.
Just trek zig-zag berpasir yang berulang-ulang kali sampai tak terkira berapa
banyak zig-zig tuh haha. Senang je. Layan je zig-zag tu, ikot signboard,
lepastu kitorang tembus balik dekat 6th station. Dari situ pun sama, ikot je
sign board kitorang terus berjalan sampai ke starting point nak cari kawan
kitorang. Dekat stating point atau pun 5th station, ada cafe-cafe kat situ. So
kitorang syak kawan kitorang mesti lepak dekat situ. Ye memang betul diorang
ada dekat situ. Phew lega. Takut diorang sesat je. Jam pun menunjukkan lebih
kurang pukul 11am dan secara rasminya tamat lah expedisi kami mendaki Gunung
Fuji. Alhamdulillah selesai.
(Kalau nak tengok view ekpedisi kitorang boleh check kat sini https://www.youtube.com/watch?v=IYIQZLAAwo0)
Kitorang rehat jap, cuci kasut,
solat, makan pastu bersiap-siap nak kejar bus untuk teruskan expidisi explore
Izukyu-Shimoda. Kawasan laut yang ada ombak besar, target nak pergi surfing
pulak. Ok tuu dah masuk cerita lain. Bye ~
Summary | |
---|---|
Tempoh Hiking | Naik: 6 jam Turun: 4 jam |
Tips | - pakai t-shirt sukan biasa pada permulaan hiking - pakai pakaian tebal bila dah sampai tempat tinggi - bawa inner heat-tech - bawa windbreaker, seluar, kasut, sarung tangan tebal kalis air - bawa duit ketika hiking, sebab boleh beli barang atas gunung incase emergency - bawa headlamp |
Kos Perbelanjaan | Tiket bus Shinjuku-5th Station(one way): 2700 yen (RM107) Coin locker: 500 yen (RM20) Tiket hiking: 1000 yen (RM40) Hostel/Hut(optional): 5600 yen (RM222) ______________________________________ Jumlah = 9800 yen (RM388) |