0

Ski Snowboard paling murah dekat Sapporo - Fu's Snow Area

Posted by Saufi on 05:43 in , , , , ,
Dekat Sapporo ni ada banyak pilihan ski resort untuk kitorang nak main ski/snowboard. Macam biasa aku akan pilih tempat yang paling murah. So pilihan aku ialah Fu'S Snow Area. Tempat ni terletak di 
473-1 Fujino, Minami Ward, Sapporo. Tempat ni biasa - biasa je, dipenuhi dengan orang local dan tak banyak foreigner. Boleh kira berapa orang je. Kemudahan untuk sewa equipment pun ada. Nanti aku cerita dekat bawah.

Cara nak pergi ke Fu'S ni kitorang kena naik train ke Makomanai Station menggunakan subway Tozai Line. Dari rumah sewa kitorang harga tiket train 250 yen (RM9.20) sehala. So dari Makomanai Station ke Fu'S pula ada beberapa pilihan dengan menggunakan public transport. Pertama Fu's Bus shutter. Harga dia? free sahaja. Tapi kalau lepas keluar dari station Makomanai, kena jalan kaki sikit masuk ke kawasan sekolah. Tunggu bus kat situ. (malangnya kitorang tak dapat pun naik shutter ni sebab tak kena dengan time table kitorang. Second try pun fail sebab confius cari tempat tunggu bus. 

Kedua naik public bus. Tunggu dekat platform 4. Naik bus no 12 yang menghala ke Fujino 4 - 11. Turun dekat station terakhir, iaitu Fujino 4 - 11. Beware bus no 12 ada dua. Jangan salah pulak. Kalau salah takpe. Boleh turun dekat Fujino 3 - 11 then jalan kaki 15 minit. (Second try kitorang salah naik bus, so turun lah dekat bus stop Fujino 3 - 11. Which is quite nice lah. Sebab dapat jalan-jalan dalam kawasan perumahan orang waktu winter. Syok tengok something different. Harga tiket bus ni 340 Yen (RM12.50) sehala. 

So cara naik bus Japan actually senang je. Naik ikot pintu belakang. Then tengok kat monitor. Dalam monitor tu kitorang punya point no.1 By the time bus tu jalan, ke next station, harga dalam point kitorang pun berubah. Sampai lah ke station terakhir, just baca nilai yang perlu kena bayar then bayar kat kaunter sebelah driver. Masukkan duit ke dalam coin collector. Kalau takde duit kecik takpe, kat kaunter tu ada mesin pecah duit. Pecah syiling dengan duit kertas pun boleh. Semuanya layan diri. Kalau tak tau takpe, driver bus akan tolong. (So ini lah pilihan kitorang, naik public bus, which is nice dapat merasai kehidupan orang local kat sana). 
Ketiga naik teksi. Harga dalam 2000 yen. Ni just baca dari internet je. Kitorang tak try.

So next aku nak cerita pasal bayaran-bayaran yang kenakan. Senarai di bawah:
Entrance: Free (termasuk tempat training)
Sewa Snow board (4 Jam) = 2500 Yen (RM 99)
Sewa Pakaian (4 Jam) = 2500 Yen (RM 99) 
Service lift (4 Jam) = 2200 Yen (RM 87)

Aku sendiri memang dah ada wind breaker kalis air. So nak jimat, aku tak sewa pun pakaian snowboarding. Aku pakai sweater then pakai wind breaker. Seluar, glove, topi dengan goggle  pulak, aku dah beli dekat shopee siap-siap sebelum pergi trip ni. 
Kat situ ada option sama ada nak sewa snowboard atau ski set. Set ni termasuk kasut. Aku prefer snowboard sebab nak lebih style haha. Pastu, aku tak berani main sangat guna ski, sebab kena kawal kangkang kaki hahah. No! not for me.

Then bila siap-siap pakai equipment, aku simpan barang-barang berharga dalam coin locker pastu terus ke tempat training. Free je. 2 jam aku training nak dapatkan basic step main snowboard tu. Serius tak semudah seperti yang aku sangka. Bila berdiri je atas snowboard tu, feeling dia macam berdiri atas ais. Memang licin. Lepas habis training baru la aku pergi naik lift yang kena bayar tu. Aku amik tiket untuk 2 jam. Harga dia 1200 Yen (RM 47). Sebab aku tinggal baki 2 jam je guna untuk guna snowboard tu.

Dekat situ ada 3 check point lift. Beginner, pertengahan dengan puncak bukit. First day, aku main yang beginner je. Yang beginner tu slope tak curam. Lepas tu kawasan dia luas. Second day, aku try yang pertengahan pulak, slope dia curam sikit, laluan dia ada belok - belok sikit tapi still luas. Yang puncak bukit pulak, point tu best. Sebabnya view dia cantik! Dari point puncak ni, ada dua laluan ke bawah. Laluan curam gila atau laluan belok - belok. Semestinya aku lalu laluan belok - belok. Tu pun tah berapa kali jatuh hahah.

Jadi itulah sedikit sebanyak yang aku nak kongsikan. Bye ~

Link ski resot:

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Journey of Life All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.